CORETAN DARI UNITED KINGDOM

Blog ini telah dibangunkan pada awal tahun 2008. Tujuan blog ini adalah untuk bertukar-tukar maklumat dan informasi yang berkaitan dengan kehidupan di UK. Berdasarkan pengalaman sebenar penulis.

Bila Diri Disayangi

Semasa sedang mengupdate blog , tetiba fikiran teringat masa kursus team building semasa di Felda dulu. Lagu tema masa kursus tu : Bila Diri Disayangi. Lagu kumpulan Ukays masa zaman 90-an.

Liriknya boleh diadaptasikan pada kehidupan kita seharian. Moga-moga mendapat manfaat.

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

  • 0 Comments
  • Filed under: Kategori Umum
  • Pindah Rumah

    Alhamdulillah, kami telah selamat berpindah ke rumah baru pada 1 Ogos 2008. Dengan bantuan rakan-rakan menggunakan 2 MPV dan 3 kereta, perpindahan kami berjalan lancar. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bersusah payah membantu dalam proses perpindahan kami tempoh hari.

    Serentak dengan ini juga, alamat terbaru kami dan juga alamat surat menyurat adalah seperti berikut.

    17 Herrick Road,
    Knighton Field,
    LE2 6DH Leicester, UK.

    No telepon lama : 0116 210 8542 (sudah terminate)

    Lokasi rumah baru ini adalah tidak berapa jauh dengan Universiti walaupun agak jauh sedikit dari rumah lama. Jaraknya kira-kira 1 Batu dari Universiti berbanding rumah lama kira-kira 0.7 Batu. Masih boleh berbasikal untuk ke Universiti/Tempat kerja.

    Pada masa ini kami sudah mula menyesuaikan diri di tempat baru. Inshaallah dalam sedikit masa lagi kami merancang mengadakan majlis doa selamat sempena masuk ke rumah baru dan menyambut ketibaan Ramadhan.

  • 0 Comments
  • Filed under: Jalan-jalan
  • 0 Comments
  • Filed under: Jalan-jalan
  • 2 Comments
  • Filed under: Jalan-jalan





  • 1 Comment
  • Filed under: Jalan-jalan
  • Pusing-pusing Scotland

    Seperti yang dirancang, kami sekeluarga berkesempatan ‘menziarah’ Utara UK @Scotland pada hujung minggu yang lalu. Kami menghabiskan masa kira-kira 4 hari untuk melawat tempat-tempat menarik disana. Antaranya Bandar Glasgow dan Edinburgh serta Fort William. Sepanjang berada di Scotland, kami menginap di Glen Afton Caravan Park yang terletak di New Cumnock.

    New Cumnock

    Perjalanan dari Leicester ke New Cumnock (Tempat Caravan) mengambil masa kira-kira 5 setengah jam. Disini kami menyewa sebuah caravan persendirian dengan harga 28 Pound semalam. Lokasi caravan ini adalah di Glen Afton Park yang merupakan kawasan bukit yang begitu tenang dan mendamaikan. Quote daripada Iklan Caravan ni :- “this is a peaceful, tranquil holiday spot, away from the stresses of everyday life. From the caravan, you will see the sheep grazing, being rounded up etc. All you need for a totally relaxing break yet only a few minutes by car for all your supplies” .Pemandangan disekitar caravan ini memang mengasyikan sehingga penat perjalanan yang jauh pun hilang begitu sahaja.

    Edinburgh

    Besoknya, kami terus ke Edinburgh yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam dari sini. Kami sempat pusing-pusing di bandar Edinburgh yang terbahagi kepada dua iaitu New Town dan Old Town. Yang paling menarik disini tentunya Edinburgh Castle yang merupakan Castle tinggalan sejarah yang tersohor disini. Seperti biasa kami tidak lupa untuk melawat Universiti disini iaitu Herriot Watt University.

    Fort William

    Hari seterusnya, kami mengambil keputusan untuk terus ke Fort William. Perjalanan ke Fort William sebenarnya agak jauh kerana dari sini sahaja, ia mengambil masa lebih 3 jam. Namun perjalanan yang panjang itu sebenarnya tidaklah rugi kerana sepanjang perjalanan kami dapat menyaksikan pemandangan yang begitu cantik dan menakjubkan dengan dikelilingi gunung-ganang. Lebih cantik dari permandangan ke Scafel Pike semasa Gathering di Lake District dahulu. Untuk pengetahuan, Fort William sebenarnya amat popular sebagai tempat untuk aktiviti Outdoor seperti Mendaki dan menaiki Mountain Bike. Disini juga terdapatnya puncak yang tertinggi di UK iaitu Ben Nevis. Semasa musim Winter, khabarnya kebanyakan kawasan disini diliputi salji tebal dan merupakan salah satu tempat tumpuan untuk bermain Ski.

    Glasgow

    Setelah melalui perjalanan yang panjang ke FortWilliam. hari seterusnya kami ke bandar Glasgow yang jaraknya kira-kira 45 minit dari tempat caravan. Di Glasgow, selain dari pusing-pusing di bandar, kami sempat melawat ke Glasgow University dan Stadium Celtic.
    Bandarnya agak besar dari Edinburgh dan seperti biasa, kami tidak lupa untuk mengumpul koleksi gambar-gambar disini untuk tatapan keluarga, sahabat handai serta pengunjung blog.

  • 3 Comments
  • Filed under: Jalan-jalan
  • BBQ @ Caravan











  • 0 Comments
  • Filed under: Jalan-jalan
  • Scotland2

    Seperti yang dirancang, kami sekeluarga berkesempatan ‘menziarah’ Utara UK @ Scotland pada hujung minggu yang lalu. Kami menghabiskan masa kira-kira 4 hari untuk melawat tempat-tempat menarik disana. Antaranya Bandar Glasgow dan Edinburgh serta Fort William. Sepanjang berada di Scotland, kami menginap di Glen Afton Caravan Park yang terletak di New Cumnock.

    New Cumnock

    Perjalanan dari Leicester ke New Cumnock (Tempat Caravan) mengambil masa kira-kira 5 setengah jam. Disini kami menyewa sebuah caravan persendirian dengan harga 28 Pound semalam. Lokasi caravan ini adalah di Glen Afton Park yang merupakan kawasan bukit yang begitu tenang dan mendamaikan. Quote daripada Iklan Caravan ni :- “this is a peaceful, tranquil holiday spot, away from the stresses of everyday life. From the caravan, you will see the sheep grazing, being rounded up etc. All you need for a totally relaxing break yet only a few minutes by car for all your supplies” .Pemandangan disekitar caravan ini memang mengasyikan sehingga penat perjalanan yang jauh pun hilang begitu sahaja.

    Edinburgh

    Besoknya, kami terus ke Edinburgh yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam dari sini.
    Kami sempat pusing-pusing di bandar Edinburgh yang terbahagi kepada dua iaitu New Town dan Old Town. Yang paling menarik disini tentunya Edinburgh Castle yang merupakan Castle tinggalan sejarah yang tersohor disini. Seperti biasa kami tidak lupa untuk melawat Universiti disini iaitu Herriot Watt University.

    Fort William

    Hari seterusnya, kami mengambil keputusan untuk terus ke Fort William. Perjalanan ke Fort William sebenarnya agak jauh kerana dari sini sahaja, ia mengambil masa lebih 3 jam. Namun perjalanan yang panjang itu sebenarnya tidaklah rugi kerana sepanjang perjalanan kami dapat menyaksikan pemandangan yang begitu cantik dan menakjubkan dengan dikelilingi gunung-ganang. Lebih cantik dari permandangan ke Scafel Pike semasa Gathering di Lake District dahulu. Untuk pengetahuan, Fort William sebenarnya amat popular sebagai tempat untuk aktiviti Outdoor seperti Mendaki dan menaiki Mountain Bike. Disini juga terdapatnya puncak yang tertinggi di UK iaitu Ben Nevis. Semasa musim Winter, khabarnya kebanyakan kawasan disini diliputi salji tebal dan merupakan salah satu tempat tumpuan untuk bermain Ski.

    Glasgow

    Setelah melalui perjalanan yang panjang ke FortWilliam. hari seterusnya kami ke bandar Glasgow yang jaraknya kira-kira 45 minit dari tempat caravan. Di Glasgow, selain dari pusing-pusing di bandar, kami sempat melawat ke Glasgow University dan Stadium Celtic.
    Bandarnya agak besar dari Edinburgh dan seperti biasa, kami tidak lupa untuk mengumpul koleksi gambar-gambar disini untuk tatapan keluarga, sahabat handai serta pengunjung blog.

  • 0 Comments
  • Filed under: Jalan-jalan
  • Gambar-gambar@Glasgow




























  • 0 Comments
  • Filed under: Jalan-jalan
  • Gambar-gambar@Fort William


























  • 0 Comments
  • Filed under: Jalan-jalan
  • UK TIME ! MALAYSIA TIME !
       

    neoworx

    Pakej Web Jualan Evolusi